Posts

Pengharapan kepada Pencipta

                        Boleh berharap pada sesuatu. Tapi jangan letakkan harapan itu terlalu tinggi . Misalnya, ramai pemuda pemudi yang bercinta kemudian percintaan mereka ditaburi ribuan janji manis.                         Akhirnya, percintaan yang dijalin selama bertahun-tahun tiba-tiba sepi. Salah                 satu pihak mendiamkan diri tanpa sebab. Satu pihak lagi, remuk hatinya. Entah, mana                                                                        silapnya.                        Janji tinggal janji. Manis diawalnya, perit dihujung. Itulah soal hati dan                              perasaan. Sebaiknya, mula dengan cara baik, jika ingin pergi, begitu juga.                   Kerana kita terlalu berharap pada manusia, Allah uji kita dengan sakitnya                                pengharapan......yang tiada kepastian. Allah.....                       Ingatlah, letakkan pengharapan hanya pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk                    ki

Doa dan sabar

Doa dan sabar Tatkala kita benar-benar mahukan sesuatu perkara, dan kita berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya dipermudahkan untuk kita mencapai perkara itu. Ketahuilah, jika Allah belum mengabulkan doa kita, doa yang bertahun-tahun kita lafazkan, sebenarnya Allah sedang menguji kita.Adakah kita akan terus berdoa atau berputus asa? Antara adab dalam berdoa ialah tidak berdoa dengan tergesa-gesa. Tergesa-gesa bermaksud kita berharap doa kita akan dimakbulkan pada doa yang pertama dan bila Allah tidak memakbulkan doa kita, kita akan berputus harap. Tabahkan hati......kuatkan usaha........doa.....dan tawakkal......In sha Allah, di hujung sabar itu ada kemanisan. Yang Kuat Berusaha dan Yang Bijaksana, Harith Ariffin

Salehuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh

Image
 Assalamualaikum. Ada hikmah besar yang aku dapat di Sem 2 yang lepas. Dalam subjek Sejarah Islam aku telah mempelajari tentang sejarah dua orang tokoh Islam yang agung. Salehuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan Salehuddin Al-Ayyubi. Dunia Eropah menggelar beliau 'Saladin'    Salehuddin Al-Ayyubi merupakan tokoh yang membebaskan Kota Baitulmuqaddis dari cengkaman Tentera Salib. Antara dua tokoh ni, aku lebih berminat Sultan Muhammad Al-Fateh. Tak dinafikan dua tokoh ni amat aku salute. Muhammad II atau dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fateh  Digelar Al-Fateh kerana berjaya membuka Kota Konstantinopel selepas 800 tahun. Aku amat kagum dengan Muhammad II kerana dalam usia 19 tahun telah menjadi pemerintah Turki Uthmaniyyah dan dua tahun kemudian pada usia 21 tahun berjaya pula menawan Konstantinopel yang kemudiannya dinamakan Islambol. Istanbul sekarang.  Harap pemuda hari ni dapat contohi kedua tokoh ni. Tak naklah pemuda yang lalai dengan hibura

Kedatangan Tingkatan 6 bawah!

Assalamualaikum. Aku agak busy sekarang. Dengan trial sem2 nya, dengan nak sambut junior nak masuk. Kah kah kah. Semoga Allah permudahkan. Satu je aku harap, semoga semua ni tak ganggu sem 2 kami. Orientasi akan bermula 5 Mei-15 Mei 2015. Agak kelam kabut juga sebab persiapan kami last minute. *May Allah ease everything!

Semester 2, Tahun Senior

Assalamualaikum. Memang agak lama aku tak update. Tak teringat yang aku ada blog. Hmm memang tahun super duper sibuk. Semua orang sibukkan? Aku je yang tak pandai bahagi masa. In Sha Allah nak berubah. Aku berada di semester dua tahun ni. STPM di SMK Pandan Mewah. :)

Hampir setahun tak update!!!!

Assalamualaikum. Aku Harith Ariffin. Aku baru sahaja tamat sem 1 dalam STPM.In Sha Allah tahun depan akan menyambung di semester 2.Hmmm,sudah agak lama tak update blog.Hampir setahun.Haha,ya lah kan.Blog ni manalah femes macam pesbuk.           Macam-macamlah pengalaman suka duka aku tahun ni.Nak cerita kat sini? Hmmm,malu.Hahaha. Cukuplah aku simpan dalam memori. :)    Assalamualaikum

Nukilan Harith

Assalamualaikum.Lama tak update blog.Aku sibuk dengan persiapan SPM.(Sibuklah sangat)Tak sangka ya,tak lama lagi aku akan menamatkan alam persekolahan.Rasa macam semalam baru masuk tadika.      Sepanjang alam persekolahan ,aku tak menghadapi banyak masalah pun.Cuma aku sendiri yang mengundang masalah.Huh,aku tak tau nak taip apa lagi.Aku cuma berdoa agar aku dapat belajar bersungguh-sungguh untuk SPM 2013 yang bakal menjengah NOVEMBER ini. -Amin In Sha Allah :)